Refresh semula webside setelah lama x update. Inshaallah akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan webside sedia ada. Sambil buat kordial kita mesin rumput kebun bagi cun agar ada pulangan setelah diurus takbir semula. Banyak yang perlu dibaiki lagi terutama pengurusan kewangan yang bercampur aduk. Bimbingan dari sahabat dan keluarga membantu menguatkan azam agar berusaha lebih gigih untuk masa hadapan. Mulakan hari baru dengan doa agar segala impian tercapai. Sama2 kita kenali diri sebelum menilai orang disekeliling.

Perancangan asal webside adalah untuk memperkenalkan khalis prominance di dalam industri peralatan makmal dan elektrik. Memandangkan banyak persaingan dan keperluan kewangan yang tinggi untuk membeli alatganti dan peralatan yang perlu kos yang besar untuk diselenggara maka kami menambah cabang perniagaan kepada industri pertanian pula.

Dengan adanya kebun limau kasturi di Kg Gajah Perak yang diusahakan sejak 2015 maka pihak syarikat melihat ada potensi untuk dimajukan produk hiliran berasaskan limau kasturi. Harga jualan kepada pemborong yang tidak menentu selain tenaga kerja untuk mengutip limau yang kritikal, maka berlaku lambakan buah limau masak yang tidak dikutip. Inisiatif di ambil bagi mengelakkan pembaziran selain dapat membantu petani lain memasarkan limau kasturi masak mereka.

Potensi Khalis Kasturi diketengahkan dengan membuat R&D selama setahun bagi mengkaji ketahanan dan kesesuaian dalam pasaran tempatan. Dengan bantuan sahabat dan keluarga untuk mempelkenalkan produk, maka terhasilah Kordial Limau Kasturi Asamboi. Pasaran melalui wasap dan fb memainkan peranan dalam pemasaran. Bermula daripada hanya satu produk kini kami mempelbagaikan pengeluaran bagi memenuhi kehendak pengguna.

Kordial limau kasturi asamboi, kordial tanpa gula, kordial original dan kordial limau kasturi dihasilkan untuk tempahan. Selain daripada itu jus juga dikeluarkan bagi menepati pengguna yang perlu bergerak pantas dan sebok setiap masa. Terkini sos chicken manggo merupakan produk terbaru berasaskan limau kasturi. Ujirasa produk ini akan diperbaiki dari masa ke semasa bagi memperbaiki mutu dan kualilti produk